Channels, Packs & Movies
Astro First (Saluran 480) baharu adalah pawagam rumah anda yang menawarkan filem blokbuster tempatan dan antarabangsa terbesar. Dengan Astro First, anda akan dapat:-
• Nikmati nilai hebat untuk tontonan filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa bermula pada harga RM15* untuk sebuah filem (tidak termasuk cukai).
• Strim setiap filem sebanyak yang boleh dalam masa 48 jam* (kecuali yang dinyatakan sebaliknya) pada bila-bila masa.
• Saksikan filem-filem tempatan atau antarabangsa dari studio Hollywood secepat 2-3 minggu dari tayangan pawagam di Malaysia, tambahan kepada judul-judul eksklusif yang hanya terdapat di Astro First.
Terdapat beberapa cara untuk membeli saluran dan pek prabayar.
Aplikasi My NJOI
Langkah 1: Lancarkan aplikasi My NJOI
Langkah 2: Pilih hiburan yang ingin dibeli dan tekan BELI
Langkah 3: Pilih tempoh (jika ada) dan cara pembayaran
NJOI WhatsApp
Langkah 1: Hantar Hi ke NJOI WhatsApp (03 9543 8100)
Langkah 2: Pilih "Beli Pek"
Langkah 3:
Pilih pek pilihan anda, ikut arahan yang diberikan dan pilih kaedah pembayaran pilihan anda untuk melengkapkan transaksi.
Peruncit sah terdekat
Pergi ke peruncit sah dan beritahu penjual nama saluran/pek prabayar yang ingin dibeli.
Pembelian saluran/pek prabayar anda boleh dinikmati dalam masa 10 minit selepas menerima pengesahan.
Tempoh sah laku pek yang dibeli akan terkumpul jika ia daripada pek yang sama. Contohnya, jika anda membuat pembelian Family Pack 3 hari dan Family Pack 30 hari, tempoh tersebut akan dikumpulkan dan tempoh sah anda ialah 33 hari.
Walau bagaimanapun, tempoh terkumpul ini tidak terpakai untuk dua pek berbeza. Contohnya, jika anda membuat pembelian Family Pack 3 hari dan Kids Explorer Pack 30 hari, tempoh tersebut tidak akan dikumpul.
Ia mungkin mengambil masa sehingga 30 minit sebelum anda boleh mula menikmati saluran/pek yang dibeli.
Jika anda telah menunggu sekurang-kurangnya 15 minit selepas pembelian dan saluran masih tidak muncul, sila rujuk halaman sokongan teknikal kami.
Pek yang telah dibeli diproses secara automatik dan baki prabayar anda akan ditolak serta-merta. Transaksi tidak boleh diterbalikkan.
Sila rujuk pengesahan yang diterima untuk tindakan seterusnya atau hubungi bank pengeluar kad kredit/debit anda untuk penjelasan.
Ya, anda akan menerima mesej pengesahan bahawa transaksi itu berjaya untuk pembelian yang dibuat melalui mana-mana platform pembelian.
Tiada caj tambahan selain daripada caj standard yang dibayar kepada telco anda (jika anda membeli melalui SMS).
Sila rujuk harga filem individu di saluran 480 (Astro First) atau melalui aplikasi MyNJOI
Aplikasi My NJOI
Langkah 1: Lancarkan aplikasi My NJOI
Langkah 2: Pilih filem yang ingin dibeli
Langkah 3: Tekan Beli
Langkah 4: Pilih cara pembayaran dan lengkapkan pembelian
Langkah 1: Hantar Hi ke NJOI WhatsApp (03 9543 8100)
Langkah 2: Pilih "Penyewaan Filem"
Langkah 3: Pilih filem pilihan anda, ikut arahan yang diberikan dan pilih kaedah pembayaran pilihan anda untuk melengkapkan pembelian
Filem anda akan tersedia dalam masa 15 minit selepas menerima mesej pengesahan.
Setiap filem adalah sah selama 48 jam daripada pembelian melainkan dinyatakan sebaliknya. Sila ambil perhatian bahawa tiada bayaran balik jika anda tidak menonton filem dalam tempoh yang dinyatakan.
Anda boleh mula menonton filem dalam masa 15 minit selepas menerima pengesahan.
Ya, anda boleh membeli pek prabayar yang sama kerana tempoh tontonan anda akan ditambah dari tarikh luput pek tersebut. Anda tidak akan kehilangan tempoh tontonan.
Selaras dengan pengumuman Kerajaan, cukai perkhidmatan (SST) telah dinaikkan daripada 6% ke 8% mulai 1 Mac 2024.
Dengan ini, perkhidmatan prabayar NJOI akan dikenakan cukai perkhidmatan (SST) sebanyak 8% semasa pembelian pek.